Saturday 5 January 2013

Abu Yazid Al Bustami....

nasamulia
Buku Yang wajib dibaca.
Assalam wbt..
Selamat berhujung minggu semua.  Mulia nak kongsikan kisah salah seorang anak murid Imam Hambali yang dikenali sebgai Abu Yazid Al Bustami. Di kisahkah Abu Yazid adalah sorang anak yang cukup hormat dan sayang kepada ibu dan bapanya.  Beliau juga sangat hotmat kepada gurunya.  Beliau telah berguru kepada lebih 113 orang.  Ketika mendengar Imam Hanbali telah dibebaskan dari penjara, Abu Yazid telah pergi ke Baghdad untuk berguru dengan Imam Hanbali.  Selepas berguru dengan Imam Hanbali, Abu Yazid pulang ke kampung beliau di Bustam, wilayah Parsi.

Abu Yazid telah bermimpi bertemu seorang lelaki yang menyuruhnya pergi ke gereja Sama'an. Mimpi yang ini datang sebanyak 3 kali, maka keesokan harinya Abu Yazid memutuskan untuk pergi ke gereja tersebut.  Kedatangan Abu Yazid tidak disedari oleh paderi-paderi yang berada di gereja itu kerana beliau juga memakai pakaian yang sama seperti mereka.  Kebetulan pada hari itu, ramai paderi yang berkumpul di gereja Samaa'an bagi menyambut kedatangan paderi besar mereka.

Abu Yazid turut menyambut dan mendegar ucapan yang disampaikan oleh paderi besar itu.  Tiba-tiba ucapan ketua paderi itu terganggu dan langsung tidak boleh meneruskan ucapannnya.  Orang ramai berasa hairan dan tertanya-tanya sebabnya.  "Saya tahu di dalam gereja ini ada seorang umat Muhammad turut hadir.  Kehadirannya membuatkan saya tidak boleh berucap," kata ketua paderi.

Keadaan menjadi gempar apabila paderi-paderi itu marah dan mencari siapa yang dimaksudkan paderi besar itu.  Mereka dapat mengesan Abu Yazid lalu menangkapnya dan ada yang berteriak dengan marah sambil berkata "Bunuh lelaki itu".  "Jangan dibunuh aku ingin bercakap dengannya," tegah ketua paderi.  Lalu mereka membawa Abu Yazid naik ke pentas untuk ditemukan dengan ketua paderi.

"Boleh perkenalkan diri kamu dan kenapa kamu datang ke sini"" tanya ketua paderi.
"Malam tadi saya bermimpi bertemu dengan seorang lelaki lalu disuruhnya saya datang ke sini," jawab Abu Yazid Al Bustami dengan jujur.
"Wahai pengikut Muhamad, aku tidak peduli apa alasan kamu datang ke sini. Yang pasti kedatangan kamu ke sini menganggu ucapan aku dan menimbulkan kemarahan paderi-paderi yang lain," kata ketua paderi.
"Saya mohon maaf jika itu satu kesalahan....," kata Abu Yazid.
"Aku boleh lepaskan kamu dengan selamat tetapi dengan satu syarat.  jawap pertanyaanku.  Jika kamu tidak dapat menjawabnya nescaya kami akan membunuh kamu," kata ketua paderi.
"Tanyalah apa sahaja...," kata Abu Yazid.
"Aku akan bertanya 50 soalan terus menerus kemudian kamu mesti menjawabnya satu per satu dengan tepat.  Jika kamu tidap dapat menjawabnya ataupun salah membari jawapan maka kamu akan dihukum bunuh," kata ketua paderi lalu mengemukakan soalan seperti berikut.

Ketua paderi  Yang satu tiada duanya?
Abu Yazid Allah yang maha esa. Dia Tuhan yang tunggal dan tiada sekutu baginya.
Ketua paderi Yang dua tiada tiganya?
Abu Yazid Malam dan siang silih berganti
Ketua paderi Yang tiga tiada empatnya?
Abu Yazid Kursi Allah, Kalam Allah dan Aras Allah.
Ketua paderi Yang empat tiada limanya?
Abu Yazid Taurat, Injil, Zabur dan Quran.
Ketua paderi Yang lima tiada enamnya?
Abu Yazid Sembahyang lima waktu yakni zohor, asar, maghrib, ishak dan subuh.
Ketua paderi Yang enam tiada tujuhnya?
Abu Yazid Hari Allah menciptakan langit dan bumi.  Ini disebut dalam semua kitab suci.
Ketua paderi Yang tujuh tiada lapannya?
Abu Yazid Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam kitab suci.
Ketua paderi Yang lapan tiada sembilannya?
Abu Yazid Lapan malaikat yang memikul Aras Allah seperti yang tersebut dalam kitab-kitab suci.
Ketua paderi Yang sembilan tiada sepuluh?
Abu Yazid Sembilan golongan manusia yang menjadi perosak muka bumi ini seperti yang tersebut dalam kitab suci, terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan kebaikan.
Ketua paderi Sepuluh yang sempurna?
Abu Yazid Kewajipan berpuasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah dalam al-Quran, "maka hendaklah mereka (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya". Itulah dia sepuluh yang sempurna.
Ketua paderi Yang sebelas?
Abu Yazid Adik-beradik Nasi Yusof seperti yang disebut dalam al-Quran.
Ketua paderi Yang tetap dua belas dan tidak akan berubah?
Abu Yazid Bilangan bulan dalam setahun.
Ketua paderi Yang tiga belas?
Abu Yazid Mimpi Nabi Yusof seperti yang tersebut dalam al-Quran.  "Sesungguhnya aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan".  Jumlahnya tiga belas.
Ketua paderi Orang yang berdusta, kemudian dapat masuk syurga?
Abu Yazid Adik-beradik Nasi Yusof memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob bahawa Yusof dimakan serigala.  Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing.  Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.
Ketua paderi Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka?
Abu Yazid Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah dalam al-Quran, "kaum Yahudi, Kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata pula kaum nasrani bahawa Yahudi itu tidak benar.  Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad sebagai agama yang sebenarnya.  Lantaran itu mereka masuk neraka".
Ketua paderi Tempat roh dalam tubuh manusia?
Abu Yazid Hanya Allah yang mengetahui kerana itu urusanNya seperti firmanNya, "Katakanlah bahawa roh itu adalah urusan Tuhanku".
Ketua paderi Apakah itu Zariyati Zarwa?
Abu Yazid Nama empat jenis angin.
Ketua paderi Al Hamilati Wakra?
Abu Yazid Awan gemawan di dada langit.
Ketua paderi Al Jariyati Yusra?
Abu Yazid Perahu-perahu yang belayar di lautan.
Ketua paderi Al Mukkassimati Amra?
Abu Yazid Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nifsu Syaaban.
Ketua paderi Yang empat belas?
Abu Yazid Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah, "Maka Allah berfirman kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada Aku secara patuh terhadap perintahKu ataupun secara terpaksa.  Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, "Kami akan datang kepadaMu secara patuh dan taat."
Ketua paderi Kubur yang berjalan dengan penghuninya?
Abu Yazid Ikan besar yang menelan Nabi Yunus.  Ikan itu membawa Nabi Yunus sebelum dimuntahkan di pantai dengan izin Allah.
Ketua paderi Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh?
Abu Yazid Waktu subuh seprti firman Allah, "Demi subuh apabila ia bernafas"
Ketua paderi Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi?
Abu Yazid Air yang dikirim oleh Ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman di dalam botol iaitu air peluh kuda.
Ketua paderi Empat yang bukan dikirm daripaga golongan manusia, haiwan, malaikat dan bukan daripada benih lelaki dan perempuan?
Abu Yazid Kibas yang dibawa Malaikat Jibrail sebagai korban menggantikan Nabi Ismail.  Unta Nabi Salleh yang disembelih kaumnya dan Nabi Adam dan Siti Hawa.
Ketua paderi Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk?
Abu Yazid Suara keldai yang tak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah, "Sesungguhnya suara yang paling buruk adalah suara keldai".
Ketua paderi Darah yang mula-mula tumpah ke bumi?
Abu Yazid Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Qabil.
Ketua paderi Suatu ciptaan Allah, lalu diangkat sebagai sesuatu yang berat?
Abu Yazid Helah kaum wanita, seperti firman Allah, "Sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah yang besar dan berat".
Ketua paderi Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh yang boleh bergerak?
Abu Yazid Tongkat Nabi Musa yang bertukat menjadi ular.
Ketua paderi Wanita yang paling utama?
Abu Yazid Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khadijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran
Ketua paderi Gunung yang paling utama?
Abu Yazid Gunung Tursina.
Ketua paderi Binatang yang paling utama
Abu Yazid Kuda.
Ketua paderi Bulan yang paling utama?
Abu Yazid Bulan Ramadhan
Ketua paderi Malam yang paling utama?
Abu Yazid Malam Lailatul Qadar.
Ketua paderi Apakah dia Atta'mah?
Abu Yazid Hari Kiamat.
Ketua paderi Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kuntum bunga, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan?
Abu Yazid Pohon itu "tahun" yang ada padanya 12 bulan, satu bulan ada 30 hari.  Lima ialah lima waktu solat. Dua bunga matahari itu ialah solat Zohor dan Asar.  Tiga pada waktu malam iaitu Magrib, Isyak dan Subuh.
Ketua paderi Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji?
Abu Yazid Bahtera Nabi Nuh.
Ketua paderi Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu?
Abu Yazid Air nata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.
Ketua paderi Apakah itu nakir, fatil dan kitnir?
Abu Yazid Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.
Ketua paderi Apakah itu Sabid dan Labad?
Abu Yazid Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.
Ketua paderi Apa itu Sam dan Ram?
Abu Yazid Mahkluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaissalam
Ketua paderi Apa maksud apabila keldai berbunyi makwak?
Abu Yazid Tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: "Allah melaknatnya".
Ketua paderi Maksud anjing menyalak?
Abu Yazid Anjing menyalak bermaksud: "Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa".
Ketua paderi Maksud jeritan kuda?
Abu Yazid Kuda menjerit bermaksud: "Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berkuda menyerang musuh dengan penuh semangat".
Ketua paderi Maksud jeritan unta?
Abu Yazid Unta menjerit membawa bermaksud: "Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku".
Ketua paderi Maksud nyanyian burung Bulbul?
Abu Yazid Nyanyian Bulbul bermaksud: " Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang".
Ketua paderi Maksud bunyi katak?
Abu Yazid Bunyi katak bermaksud: " Maha suci Tuhan yang disembah di mana-mana sahaja, ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya".
Ketua paderi Maksud kata-kata burung Nakus?
Abu Yazid Maksud kata-katanya "Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah mahkluk yang menongkat langit?
Ketua paderi Kaum daripada mahkluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan kumpulan jin, manusia dan malaikat?
Abu Yazid Mahkluk itu dalah lebah seperti firman Allah, "Tuhan kamu telah menwahyukan kepada lebah".
Ketua paderi Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam?
Abu Yazid Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.

Demikianlah, pertanyaan ketua paderi yang dapat dijawap oleh Abu Yazid.  Sebelum Abu Yazid meninggalkan Gereja Sama'an, Abu Yazid bertanyakan satu soalan kepada ketua paderi iaitu "Apakah Kunci Syurga dan Neraka".  Paderi-paderi yang ada mendesak ketua paderi kerana hanya mendiamkan diri dan tidak menjawap soalan Abu Yazid, "Kenapa tuan tidak menjawab soalan orang ini, sedangkan dia telah menjawab semua soalan tuan dan dia hanya bertanyakan satu soalan sahaja?".

"Bukan saya tidak mahu menjawabnya, tetapi saya takut kamu tidak bersetuju dengan jawapan saya," kata ketua paderi.
"Tuan adalah ketua kami, kami bersetuju dengan apa sahaja jawapan tuan," kata paderi itu.
"Bahawa kunci syurga dan kunci neraka itu tidak lain ialah ucapan, Lailaha Illah Muhamad Rasulullah...,"jawap ketua paderi.
"Memang benar jawapan itu," kata Abu Yazid Al Bustami.
"Sahabat-sahabat sekalia percayalah bahawa apa yang saya berithu itu adalah benar.  Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan.  Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepasa saya lagi.  Saya hanya menunggu waktu,"
"Daripada mana tuan mengetahui perkara ini?" tanya salah seorang paderi.
"daripada ketua sebelum saya," jelas ketua paderi.
"Sebelum ketua itu meninggal dunia dia seudah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar," jelas ketua paderi lagi.
Wassalam.....

No comments:

Post a Comment